Shopping Cart

Your cart is currently empty.

Continue shopping

  • Total
Taxes and shipping fee will be calculated at checkout

WANITA PERLU TAHU 10 PERKARA INI SEBELUM TERJEBAK MENJADI MANGSA ONLINE SHOPPING

Oct 3, 2024 Calaqisya

Dekat Malaysia ni boleh katakan beratus website website yang menyediakan sistem shopping online yang boleh manggugat iman dan juga akaun bank. Bukan sahaja website fesyen, malah ia juga merangkumi sehingga makanan dan juga servis. Sekarang kita boleh lepak lebih lama di rumah tanpa bersesak sesak atau berpanas panas ke luar untuk mendapatkan sebarang keinginan di hati. Benda ini kita nampak banyak bezanya dari 5 tahun lepas. Ketika itu masih ramai yang takut takut untuk aktif dalam pembelian secara online. Mungkin takut kena tipu atau sistem online itu sendiri belum cukup power. Malah semasa itu, ramai jga yang belum pandai hendak gunakan sistem perbankan secara online seperti CIMB CLIKCS atau MAYBANK2u. Hmm..secara jujurnya, dua bank ini sahaja yang setakat ini paling mesra pelanggan untuk bershopping online. 

Tapi, kita juga seharusnya sedar yang shopping online ini jika kita tidak mahir atau bijak...ia akan menyebabkan kita terjerumus ke dalam kancah kesedihan. Hutang kredit kad yang tinggi atau gaji suami yang habis disebat tanpa rasa bersalah. Makan meggi ketika awal bulan adalah satu perkara yang tidak berapa sedap mata memandang. Lebih lebih lagi apa pula kata jiran tetangga bila mereka sering terhidu bau mee segera baik pagi atau malam. Jadi, disini kami ada 10 LANGKAH YANG PERLU SANG WANITA TAHU UNTUK MENJADI SEORANG SHOPPING ONLINE YANG PAKAR!

 

 

1. PERMAINAN MIX AND MATCH

Sebelum anda start menjadi tidak keruan bila hendak membeli sebarang pakaian, rileks sekejap dan tarik nafas. Selepas itu cuba anda buka almari anda, dan keluarkan beberapa pakaian yang anda rasa boleh match dengan pakaian yang anda baru sahaja hendak beli di website. Contoh : Ramlah hendak membeli blouse bewarna biru. Oleh itu, Ramlah cuba keluarkan di almari dia palazzo, skirt labuh dan jeans. Selepas ini, Ramlah cuba cuba match warna dan juga gaya di antara yang ada di website dengan milik Ramlah sekarang. Adakah warna sesuai? Adakah Ramlah yakin yang bila blouse yang baru itu dia beli akan beri Ramlah nampak selesa atau bergaya? Atau adakah Ramlah akan kelihatan tidak siap bila dah beli blouse itu nanti? PERMAINAN MIX DAN MATCH akan menyelamat kan Ramlah dari kecewa dan di kemudian hari...dan ANDA JUGA!

 

2. CARI RUJUKAN FESYEN DI PINTEREST

Iya kami faham anda Fashonista. Kami juga faham yang anda BOLD dan BRAVE dan anda bersedia untuk mencuba pelbagai gaya atau warna yang baru untuk menyerlahkan lagi personaliti anda. Tapi, kadang kadang apa yang kita bayangkan jauh panggan dari api dari realiti kan? kan? Untuk mengelakkan kita pakai hanya sekali pakaian yang baru kita beli itu akibat terasa diri ini dipandang jelek oleh masyarakat atau tiba tiba kita mula datang kesedaran sivik yang fesyen baru sahaja dibeli ini langsung tidak kena dengan tubuh badan, RUJUK LAH DAHULU DI PINTEREST. Terdapat beribu rujukan fesyen dari pelbagai model atau brand untuk anda BELAJAR dan FAHAM. 

 

3. BINA 'FOLDER' KHAS UNTUK SEMUA NEWSLETTER, COUPON CODE EMAIL ATAU SEBARANG NOTIFIKASI SALE DI GMAIL

Bayangkan bila anda buka email....boom! bersepah segala emai email dari website shopping kegemaran anda cuba bagitahu..."ADA SALEEEE!!" atau "BENDA BARU DAH RELEAS!!!" dan apa akan jadi pada anda? Anda akan cemas, liang liang roma mula berpeluh dan tanpa anda sedaro anda tergesa gesa masuk dalam website tersebut dan terus buat pembelian tanpa soal periksa. GUNA NAMA KHAS macam SHOPPING BILA ADA DUIT di folder gmail anda. Terus terang dah anda tahu yang akan hanya akan buka semua email email ini bila anda dapat gaji dan.....bila ada lebihan dari semua tanggungan yang anda dah bayar.

 

4. JANGAN BELI TERUS PADA HARI YANG SAMA ANDA LIHAT ITEM-CLICK ITEM DAN PUT IN THE CART.

Biasanya kita kalau dah teruja, memang tidak akan ingat tatasusila seorang yang sopan. Kita menjadi ghairah dan tidak tentu hala. Tekan tekan tekan tekan pada kekunci pada atau talifon pintar...Cart anda makin lama makin bertambah dari 1 item menjadi mungkin dah beritem item...STOP!! jangan teruskan permainan ini. RILEKS. TUTUP WEBSITE ITU dan BUKA SEMULA KEESOKAN HARINYA. Percayalah, akal dan juga nafsu anda pada hari esok lebih teratur dan lebih waras.

 

5. SAMA MACAM ANDA BERJALAN JALAN DI SHOPPING MALL..BERJALAN JALAN JUGA DI ONLINE SHOP UNTUK PERBANDINGAN HARGA

Di Malaysia ada beratus ratus website yang menawarkan pelbagai barangan. Mungkin ada baranga yang anda mahukan itu anda boleh dapatkan dengan lebih rendah harga atau website itu menawarkan kos penghantaran dengan percuma. PILIHAN DI TANGAN ANDA

 

6. JANGAN BIASAKAN MELAYARI ONLINE SHOPPING WEBSITE SEORANG DIRI

Hahahahahaha. Perkara terakhir yang anda mahu lakukan ialah lepak sambil shopping online dan suami anda berada disebelah anda kan? Pilih lah orang lain seperti akak, mak, rakan sekererja atau kawan rapat. Minta pendapat mereka atau pesan pada meraka begini "Kalau kau nampak aku dah macam tak betul tekan itu ini, cepat cepat kau cubit aku bagi aku sedar"

 

7. BIASAKAN BERTANYA DIRI SENDIRI "ADAKAH SAYA AKAN BELI JIKA BARANG INI TIDAK SALE?"

Kita takut kita hanya membeli kerana ia dalam SALE sedangkan sebelum ini kita rasa barang itu langsung tidak menarik. Ini akan melatih kita supaya sentiasa berfikir lebih lama sebelum membeli.

 

8. CUBA CARI REAL PEOPLE YANG DAH PAKAI BAJU YANG BAKAL ANDA BELI DAN BUKANNYA HANYA TENGOK MODEL SAHAJA

Ini tidak boleh disangkal, model bila pakai apa sahaja memang nampak cantik dan bergaya. Tapi jika kita pakai belum tentu lagi. Oleh itu, cuba cari di instagram personal brand tersebut mana tahu ada pelanggan mereka yang sudahpun membeli dan dah post OOTD di IG mereka. Cuba lihat adakah ianya releven jika rakyat biasa yang pakai? 

 

9. JANGAN SHOPPING KETIKA ANDA SEDIH ATAU MARAH...................

 

10. TUNGGU WAKTU MUSIM SHOPPING SALE KAW KAW SEPERTI MYCYBERSALE 

Ketika ini, anda bukan sahaja dapat jimat banyak malah anda akan dapat menggunakan wang anda dengan lebih berbaloi dengan setiap pembelian. Mungkin sebelum ini anda nak sangat tapi budget anda tak kena? Mungkin anda seorang pelajar dan rasakan harga barangan itu akan menyebabkan anda makan meggi lagi bulan itu? Atau mungkin anda rasakan barangan itu tidak akan dapat redho seorang suami? GUNAKAN KESEMPATAN YANG DIBERIKAN KETIKA BERLANGSUNGNYA MYCYBERSALE......HINT: Mycybersale tahun ini jatuh pada 3 SEPTEMBER ini hik hik.

 

10 tips ini kami harap dapat membantu anda mengharungi cabaran dan juga dugaan dalam sehari hari anda menjalani kehidupan di dalam dunia online ini. 

 

Back to the blog title