Shopping Cart

Your cart is currently empty.

Continue shopping

  • Total
Taxes and shipping fee will be calculated at checkout

BURJ BY CALAQISYA : DEFINASI WANITA BIDADARI YANG SEBENAR

Oct 4, 2024 Calaqisya

Selepas tamat buat master, isteri terus mengajak saya untuk kahwin, pandangan saya gelap dan saya sikit lagi histeria. Ini kerana kerja pun tidak tahu apa lagi dan menjual kasut online bukanlah benda best untuk dibanggakan depan bapak mertua.

Walaupun hysteria, sebagai lelaki yang tetap pendirian saya teruskan juga niat murni itu. Saya mula mengumpul sedikit sedikit lama lama apejalah yang ada. Kami masing masing tidak ada apa pun waktu itu. Hantaran pun beli satu-satu sampai cukup 5. Tergelak bila ingat saya bagi hantaran paling mahal ialah kamera polaroid beli di bazar (kengkonon masa tengah inn).

Itu kita bercerita hal hantaran, jika bercerita hal baju pengantin...hmm nasib kami ada kawan yang sudi sponsor jika tidak apa sahajalah yang ada. Saya sendiri beli siap di semua house KL. "Janji kita halal sudah la" kata isteri sewaktu itu. Wanita mana yang tidak mahu hari bahagia menjadi hari yang paling hebat ye dak? Walaupun saya tahu jauh disudut isteri saya itu dia mahukan lebih tetapi dia tetap rilek dan steady. Itu saya kagum.

Dan selepas pelbagai ragam dan corak kami mengharung dunia fesyen, setelah 7 tahun Calaqisya berada di dalam industri ini, sudah tiba masanya kami melakukan sesuatu yang tidak masuk akal. Sesuatu yang lain dan yang paling penting menjadi satu tanda aras dimana selepas ini semua orang akan tahu yang Calaqisya bukanlah Calaqisya yang dahulu.

Kami lahirkan sebuah lagi sub label khas. Sub label ini terang terang beritahu pada semua yang kami mahukan anda menjadi bidadari. Bukan sahaja untuk berkongsi pengalaman menjadi bidadari ini dengan pasangan sejati anda, malah kami mahu anda yakin dan tahu yang anda sememangnya dilahirkan untuk bergelar bidadari.

Burj by Calaqisya. Hasil daripada lumrah keinginanan wanita normal. Kami lahirkan rekaan khas untuk baju pengantin dan juga baju ‘bridesmaid’ yang saya kira mampu milik.

Bila saya lihat isteri pakai baju #burjbycalaqisya, saya terkenang cerita lama tadi. Sayu juga bila teringat serba ala kadar dahulu dan sekarang sikit punya bidadari.

Mungkin dalam hati isteri kata, "dulu tak dapat nak pakai hebat hebat jadi nak buat baju lawa lawa supaya orang lain mungkin situasi yang sama dengan kami masih ada harapan dan peluang untuk jadikan hari seumur hidup itu yang paling diingat ingat."

Tahniah Calaqisya kerana #burjbycalaqisya akhirnya jadi nyata 24hb ini.

P/s: dengar kata ada fashion show yang sepatutnya anda tonton di waktu hujung hujung tahun ini supaya tahun ini adalah perkara yang amazing untuk anda ceritakan di tahun hadapan..ye dak?

Back to the blog title