Seminggu sebelum kami tunaikan umrah, kami dikejutkan dengan satu panggilan telifon. Isi panggilan itu tidaklah menarik mana kecuali pada satu berita yang mana kami akhirnya berjaya untuk membawa Calaqisya kembali ke Bangi. Ya tuhan betapa seronok nya kami ini tuhan sahaja yang tahu. Mungkin orang kata berkat niat untuk ke tanah suci ini ada benarnya ye dak? 1. Walaupun harapan macam tak nampak nak ada sangat, jiwa yang kuat kena ada. Tidak boleh putus harapan. Sebab ia samalah macam putus harapan pada takdir tuhan. Satu benda yang power untuk kita ingat bila kita hampir hampir putus asa...'cuba kita ingat balik segala usaha kita dok buat sebelum ini, mana satu berbaloi? Give up atau tidak?' 2. Ketika ini kita tidak boleh menjadi kera sumbang dan ketika inilah kita akan sedar betapa penting nya 'Networking' Mereka mereka inilah sumber kita untuk mencari jalan keluar dari terjerumus ke lembah kegagalan. Jangan berat mulut hendak minta pandangan. Ada kalanya pandangan mereka ini boleh pakai tetapi ada juga rasa mahu karate bibir mereka sebab bagi idea yang kelaut kah kah. Tapi apa pun, kena hargai niat mereka ini. 3. Cuba cari mana datang silap kita itu. Iyelah sebab sebelum ini punyalah syok sendiri seperti tiada hari esok dan seperti dunia ini kita yang punya. Jangan rasa segala apa yang kita buat itu semua yang betul. 4. Bila sudah dapat punca yang silap, dekat situlah kita belajar dan belajar supaya di masa hadapan tidak berlaku perkara yang silap lagi. Banyak orang yang tahu mana silap tapi entah apa lah diorang buat pun tak tahu, tengok-tengok buat juga benda yang sama. Ini kita panggil degil nak meninggal. Cari jawapan kesilapan dan insyaallah kita akan nampak sinar di hadapan mata. 5. "Aku dah malas dah nak buat benda ni...nanti fail jugak" ini adalah kata kata seorang yang hatinya tak rokes langsung. Itulah akibat sering mendengar lagu lagu bercorak balada banyak sangat sampai hati pun dah lembik macam span basuh pinggan. Benda ini yang kena jaga sekali. Hati mesti kental. Tidak boleh berasa serik dengan kegagalan. Kalau cepat serik baiklah kita berhenti dari berniaga sahaja dan elok lagi mereput dalam bilik. 6. Sementara kita tengah down atau kedai dah kena tutup sebagai contoh, inilah masa untuk kita kuatkan lagi marketing pada bahagian branding jenama kita. Sebab apa? sebab masa ini budget dah ada lebih sebab dah tak payah bayar fix cost macam sewa kedai, gaji pekerja dan juga bil bil yang lain. 7. Paling sedap, gunakan situasi 'down' ini sebagai satu marketing plan untuk anda raih lagi ramai peminat atau menaik kan lagi brand anda. Iya, jangan tidak percaya...rakyat malaysia memang suka cerita cerita berunsur sedih dan sengsara ini. Emosi mereka cepat tersentuh lalu menangis. Kalau kau orang tidak percaya, tanya drama petang petang dekat tv. 8. Jangan lambat bertindak atau lambat hendak buat sesuatu perkara yang baru selepas kegagalan. Seperti Calaqisya, walaupun butik Bangi sudah tiada, kami terus menerus melakukan benda yang baru seperti mengeluarkan koleksi koleksi yang ganas dan berdaya saing. Ini supaya kita tidak beri peluang langsung kepada pesaing contohnya untuk menjadikan hal 'down' ini untuk batu loncatan mereka. Ini juga bertujuan supaya dapat mengekalkan brand kita sentiasa di atas dan tidak terkubur layu di tasik madu. 9.Berdoalah seperti tiada heri esok. Bukan apa, kadang kala tuhan mahu 'melawat' kita sekejap. Dia rindu dengan rayuan dan rintihan kita pada dia. Itu yang dia tarik sikit nikmat. 10. Benda paling penting, jika sudah terkena begini, janganlah kita dok teriak tidak sudah sudah di fb contohnya. Siang malam mengadu nasib pada siapa entah. Kelemahan syarikat jangan di heboh. Hilang positif diri satu hal, buat sedap gelak pesaing satu hal.
Sekitar suasana ketika jualan penutupan butik
Dan oleh itu..... SELAMAT DATANG KENBALI CALAQISYA BANGI....WE MISS YOU !! hik |